Kata Aluan Pengerusi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang telah memilih saya sebagai Pengerusi Koperasi Rakan TEKUN Berhad (KRTB) untuk sesi 2023-2024. Saya juga ingin memaklumkan jawatan tertinggi Pengurusan KRTB sekarang adalah terdiri daripada Timbalan Pengerusi Encik Yasir bin Salam, Setiausaha Koperasi Pn Nadiah Hani binti Ali dan Bendahari Tn Hj. Mohamad Razman bin Razak bersama dengan lima ALK iaitu Encik Omar bin Othman (mantan Pengerusi KRTB), Encik Mohamad Saidi bin Azizan, Encik Mohd Ghazali bin Hussain, Encik Md Zaid bin Md Ismail dan Encik Al Amin bin Mustafar yang akan berganding bahu bersama saya untuk menerajui Koperasi, memacu pertumbuhan dan peningkatan prestasi Koperasi yang lebih cemerlang. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ALK, Pengurus Besar dan warga kerja KRTB di atas kegigihan dan kesungguhan dalam memastikan KRTB ini terus berkembang maju dan mampu berdaya saing serta memenuhi harapan pihak yang berkepentingan, pemegang taruh dan pelanggan.
Kerjasama yang baik dan usaha yang berterusan untuk memperkasakan KRTB akan terus menjadi pemangkin untuk mencapai sasaran / halatuju KRTB yang boleh dibanggakan dan mampu menjadi antara koperasi terbaik di Malaysia, Insya ALLAH dan dengan izin ALLAH SWT. Tanpa kerjasama dan usaha tersebut, kejayaan cemerlang KRTB tidak mungkin akan dapat dicapai khususnya dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi semasa yang luar jangka dan arus perubahan teknologi dan digitalisasi yang semakin pesat. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab bersama semua ALK, Pengurusan dan Anggota KRTB untuk memikul amanah yang diberikan untuk memastikan kesinambungan kemajuan koperasi ini sentiasa terpelihara, kekal relevan dan dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.
Besar harapan saya supaya KRTB akan meneroka perniagaan dan pasaran baru melalui sektor-sektor selain daripada sektor yang telah diceburi dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi anggota KRTB serta rakyat Malaysia yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terimakaseh diatas sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak yang berkepentingan khususnya kepada Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional terhadap apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh KRTB. Saya berharap semua ALK, pengurusan dan wargakerja KRTB akan terus beristiqamah dan beriltizam untuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan lebih cemerlang.
Sekian, terima kasih.
En. Yasir Bin Salam
Pengerusi KRTB
Kata Aluan Pengurus Besar
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat dan peluang untuk terus memimpin dan mengemudi perjalanan Koperasi Rakan TEKUN Berhad dalam mendukung agenda pemerkasaan ekonomi anggota dan komuniti secara menyeluruh.
Platform Ekonomi Inklusif & Inovatif Koperasi kami terus memperkukuh kedudukan sebagai sebuah entiti dinamik yang merangkumi pelbagai sektor perniagaan berimpak tinggi, antaranya:
- Pembiayaan Peribadi kepada anggota dengan kadar patuh syariah dan proses yang efisien.
- Kedai Serbaneka (Mart) yang menawarkan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan kepada komuniti.
- Perkhidmatan Kutipan Hutang berlesen yang membantu pengurusan risiko kewangan pelanggan koperasi.
- Perkhidmatan Wakil Takaful sebagai pelengkap perlindungan risiko kepada anggota dan masyarakat.
- Operasi Ar-Rahnu sebagai alternatif pembiayaan mikro berasaskan cagaran emas, yang terus mendapat sambutan tinggi.
- Pengurusan Kafe (Simple D Kafe) sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan usahawan makanan & minuman (F&B) serta menjana pendapatan koperasi.
Platform Ekonomi Inklusif & Inovatif Koperasi Rakan TEKUN Berhad berpandangan jauh ke hadapan untuk memperkukuh struktur tadbir urus, memperluas capaian digital, dan melahirkan koperasi yang lebih resilien, responsif dan relevan dalam menghadapi landskap ekonomi semasa dan masa hadapan.
Kami juga menyambut baik inisiatif kerajaan seperti Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030) dan Ekonomi MADANI, serta terus melaksanakan pelan strategik yang selari dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) untuk mewujudkan kesejahteraan bersama.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja, anggota lembaga, serta anggota koperasi yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan padu. Marilah kita terus memperkukuh solidariti dan melangkah maju ke hadapan demi mencapai visi koperasi yang cemerlang, mampan dan inklusif.
"KESETIAAN ANGGOTA KETEGUHAN KRTB"
Encik Norshazli Bin Ramli
Pengurus Besar KRTB
Koperasi Rakan Tekun Berhad
Mengenai Kami
Profail Ringkas Koperasi
Koperasi Rakan TEKUN Berhad (KRTB) ditubuhkan pada 14 Ogos 2015 oleh pihak pengurusan TEKUN Nasional. Penubuhan ini bertujuan untuk menjadikan KRTB sebagai sebuah koperasi yang unggul dengan memenuhi keperluan dan matlamat anggota-anggotanya berasaskan prinsip–prinsip dan nilai–nilai keusahawanan. Penubuhan KRTB adalah untuk mencari sumber tambahan kepada anggota yang bakal menjadi ahli dan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah berbentuk jangka pendek dan juga jangka panjang. Penubuhan KRTB akan memberi impak yang menyeluruh kepada usahawan dalam bentuk dana, latihan dan tambah nilai perniagaan yang diceburi. KRTB dikendalikan seramai 9 orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang telah dilantik didalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun. KRTB dibantu oleh 42 orang kakitangan sepenuh masa yang terdiri daripada pelbagai unit. KRTB juga dianggotai oleh kakitangan TEKUN Nasional seramai 453 orang daripada seluruh Malaysia.
- No Pendaftaran: W-4-1059
- Fungsi Utama: Koperasi Kredit
- Juruaudit: Rejab & Associates
- Bank 1: CIMB Bank Berhad
- Bank 2: Bank Rakyat Berhad
- Bank 3: Malayan Banking Berhad
Logo Koperasi
Penerangan ringkas mengenai logo koperasi
Logo KRTB diilhamkan dari singkatan nama koperasi itu sendiri yang mana ianya menjadi mercu tanda bagi koperasi KRTB
Bentuk dan tulisan ini menggambarkan keeratan gabungan anggota di dalamnya serta warna biru yang merupakan warna rasmi KRTB. Bagi huruf T yang berwarna merah di mana koperasi ini bernaung di bawah TEKUN Nasional.
Logo ini juga menggambarkan KRTB sebagai sebuah koperasi yang unggul dengan memenuhi keperluan dan matlamat anggotanya berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai keusahawanan selain menjadi sebuah koperasi yang menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada anggota dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota.
Visi & Misi
Hala tuju koperasi
Visi
Menjadi sebuah koperasi yang menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada anggota tanpa ada pilih kasih dan kompromi dalam usaha meningkatkan taraf & sosio ekonomi dan kebajikan anggota
Misi
Menjadikan KRTB sebagai sebuah koperasi yang unggul dengan memenuhi keperluan dan matlamat anggota-anggotanya berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai keusahawanan.
Objektif Penubuhan
- Menyediakan dana tambahan untuk keperluan anggota
- Meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kebajikan para anggota mengikut prinsip koperasi
- Menggalakkan kerjasama dan jaringan di kalangan usahawan TEKUN disamping menjalankan aktiviti perniagaan yang menguntungkan
- Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pelbagai bentuk seperti pembiayaan peribadi, Ar Rahnu, agen Takaful/Insurans, kedai serbanika, dan tabung khairat kematian anggota dan sebagainya
- Menjalin hubungan dan usahasama dengan Koperasi-Koperasi mengikut bidang keperluan yang berpotensi
Anggota Lembaga
Anggota
Kakitangan
Perniagaan
Anggota Lembaga
En. Misman B. Hussin
Pengerusi
Puan Nora Binti Mat Ail
Timbalan Pengerusi
En Mohamad Razman Razak
Bendahari
Pn Noor Hidayah Mahmad Nasir
Setiausaha
En Omar Othman
Anggota Lembaga
En Mokhtar Mustafa
Anggota Lembaga
En Al Amin Mustafar
Anggota Lembaga
En Mohd Ghazali Hussain
Anggota Lembaga
En Mohamad Saidi Azizan
Anggota LembagaKakitangan Pengurusan
Norshazli Ramli
Pengurus Besar
Siti Hazimah Khasmuni
Eksekutif
Nurul Wahida Ibrahim
Eksekutif
Siti Hanis Adila
Eksekutif
Rizuan Abdul Malek
Eksekutif
Norzana Naam
Pembantu Pegawai
Mohamad Faizal Zakaria
Pembantu Pegawai
Norlysa Syaila
Pembantu Pegawai
Nurhasmawati
Pembantu PegawaiLokasi Kami
PRODUK & PERKHIDMATAN KOPERASI
Senarai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi
Keanggotaan
Anggota KRTB adalah terdiri daripada warga kerja TEKUN Nasional di seluruh Malaysia dan warga kerja subsidiari TEKUN Nasional (TEKUN Coorporation).
Pembiayaan
Aktiviti utama KRTB adalah dalam sektor kewangan iaitu memberi pembiayaan tunai kepada anggota. Sebanyak Rm4 juta diperuntukkan bagi tujuan pembiayaan kepada anggota.
Katering
KRTB menawarkan perkhidmatan katering di ibu pejabat TEKUN Nasional sejak tahun 2020 yang lalu. Berpengalaman lebih 5 tahun, KRTB juga menyediakan perkhidmatan kepada organisasi luar di sekitar Lembah klang.
Pusat Kutipan Hutang
Pusat kutipan hutang KRTB telah ditubuhkan pada Jun 2018 dengan kakitangan seramai 6 orang. Pelanggan utama adalah TEKUN Nasional dan terdapat beberapa agensi lain yang menggunakan perkhidmatan KRTB.
Perkhidmatan Pembersihan
KRTB menawarkan perkhidmatan (cleaning service) untuk pejabat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan berdekatan. Mempunyai sembilan (9) orang kakitangan termasuk seorang (1) penyelia.
TEKUN Mart
TEKUN Mart merupakan sebuah kedai serbaneka yang menjual produk usahawan terutamanya usahawan TEKUN dan bumiputera. TEKUN Mart juga menyediakan produk keperluan seharian khusus kepada pengunjung, penumpang dan orang awam yang berulang alik 24 jam di TBS setiap hari.
Simple D Cafe
Simple D Cafe ini adalah sebuah café berkonsepkan hybrid yang menyajikan pelbagai menu makanan dan minuman dengan suasana santai, selesa, kemas dan teratur. Kepelbagaian menu menjadi pilihan utama pelanggan disekitar Maju Link.
Kawalan Keselamatan
KRTB menawarkan perkhidmatan keselamatan di bangunan Ibu Pejabat TEKUN Nasional. Dianggotai seramai 5 orang kakitangan, KRTB bercadang untuk meluaskan perkhidmatan ke seluruh Lembah klang.
Insuran
KRTB menawarkan perlindungan kepada kenderaan persendirian (Kereta dan Motosikal) melalui perlindungan Komperehensif dan Pihak Ketiga. Perkhidmatan ini disertakan bersama pembaharuan cukai jalan.
Ar-Rahnu
AR RAHNU TEKUN Nasional merupakan salah satu produk perkhidmatan dan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional yang menawarkan pembiayaan tunai segera sehingga RM 150,000.00 dengan bercagarkan barangan emas dan bertindak sebagai salah satu pembiayaan alternatif kepada usahawan-usahawan.
Pembekalan Barangan Program
KRTB Menawarkan perkhidmatan pembekalan barangan program terutamanya program-program anjuran TEKUN Nasional. Antara barangan yang dibekalan seperti trofi, plaque dan hamper.
Mesyuarat Agung
Info Mesyuarat Agung KRTB bagi tahun 2024
Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi Rakan TEKUN Berhad dengan ini akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Kelima yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
- Tarikh:25hb September 2024
- Hari: Rabu
- Masa: 2.00 Petang
- Tempat: Bilik Mesyuarat UTAMA & Secara Atas Talian Melalui Aplikasi Microsoft Teams
- Pautan: Klik disini untuk login ke Mesyuarat Agung secara maya
Atucara / Agenda Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) adalah seperti dilampiran.
Sehubungan itu, Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Kelima ini bagi menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai anggota koperasi. YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang usul secara bertulis berserta jawapan kehadiran dan mengemukakan kepada KRTB untuk perhatian kami sebelum 23 September 2024 (Isnin).
YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan adalah dijemput hadir ke MAPT kali kelima ini yang diadakan secara fizikal dan atas talian (Microsoft Teams)
Kerjasama dan maklumbalas Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Notis Mesyuarat
Permohonan Keanggotaan
Anda ingin menjadi anggota koperasi?. Syarat utama keangotaan adalah, anda adalah warga kerja TEKUN Nasional di seluruh Malaysia dan warga kerja subsidiari TEKUN Nasional (TEKUN Coorporation). Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Hubungi KamiMuat turun borang keanggotaanProduk KRTB
Senarai produk yang ditawarkan oleh KRTB.
Hamper Budget
Simple Merchandise
Qlean
Galeri Gambar
Gambar aktiviti yang pernah dilaksanakan oleh KRTB
- Semua
- Simple D
- Ar-Rahnu
Soalan Lazim
Soalan-soalan yang biasanya ditanya kepada koperasi
1. Bagaimana ingin menjadi anggota koperasi?
Sila muat turun borang 01(Borang permohonan menjadi anggota) dan 02(Surat kebenaran potongan gaji) dan email borang tersebut ke krtb@tekun.gov.my
2. Bolehkah wakil saya datang pada hari Mesyuarat Agung untuk mengambil elaun?
Tidak, hanya anggota yang mendaftar kehadiran sahaja layak menerima elaun
3. Jumlah minimum saham koperasi?
RM 500.00 sahaja.
4. Bolehkah saya membuat pembiayaan sebaik sahaja menjadi anggota?
Boleh mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
5. Sekiranya anggota meninggal dunia, bagaimanakah untuk membuat pengeluaran segala simpanan yang ada?
Waris boleh menghubungi pihak KRTB melalui saluran yang disediakan.
Hubungi Kami
Anda boleh menghubungi kami melalui info yang dinyatakan dibawah:
Alamat
Ibu Pejabat TEKUN Berhad, T5-01-01 Menara 5, Lingkaran Maju,
Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan, 57000 WP Kuala Lumpur
Waktu Operasi
Isnin - Khamis: 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang [Rehat: 1.00 Petang - 2.00 Petang]
Jumaat: 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang [Rehat: 12.15 Petang - 2.45 Petang]
No Telefon
+603-9059 8928
+603-9089 9292
Emel kami
info@krtb.com.my
krtb@tekun.gov.my




