Logo KRTB LOG MASUK
TANPA PEMERIKSAAN KESIHATAN!
Sepantas 15 minit – Daftar sekarang secara online dengan mudah — tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan. Serendah RM10 sebulan untuk pakej solo, atau RM20 sebulan untuk pakej keluarga. Manfaat istimewa untuk keluarga tersayang anda dengan harga cuma 0.66 sen sehari sahaja.

KENALI KRTB CARE PRIHATIN!

Apakah kelebihan yang disediakan oleh produk ini?
Produk ini menyediakan manfaat takaful yang direka khas untuk menyediakan perlindungan dengan harga bulanan / tahunan mampu milik terhadap kejadian malang kepada orang yang dilindungi sepanjang tempoh keahlian.
Siapakah yang layak menyertai Skim KRTB CARE PRIHATIN?
Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia melalui potongan gaji bulanan atau bayaran tahunan. Penyertaan boleh dilanjutkan kepada pasangan dan anak melalui pendaftaran pakej keluarga. SURAT PENGESAHAN MAJIKAN DIPERLUKAN untuk bayaran melalui Potongan gaji.
Apakah faedah yang disediakan untuk pakej ini?

Senarai faedah yang disediakan oleh pakej (mengikut kategori) ini adalah:

  • Manfaat Kematian (Punca Semulajadi/Kemalangan)
    Satu jumlah sekaligus akan dibayar kepada waris jika berlaku kematian. Sijil Takaful akan ditamatkan selepas pembayaran manfaat.
  • Manfaat Bayaran Serta - Merta Untuk Kematian
    Satu jumlah sekaligus akan dibayar serta - merta untuk membantu waris jika berlaku kematian.
  • Manfaat Keilatan Kekal dan menyeluruh (Sebab Semulajadi/ Akibat Kemalangan)
    Satu jumlah mengikut kadar keilatan (sila rujuk jadual) akan dibayar jika orang yang dilindungi mengalami keilatan kekal untuk tempoh yang berterusan sekurang - kurangnya 6 bulan.
  • Manfaat Perlindungan Untuk 36 Penyakit Kritikal
    Satu jumlah sekaligus akan dibayar jika orang yang dilindungi didianogsis dengan mana - mana 36 penyakit kritikal (sila rujuk jadual).Jumlah bayaran manfaat ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan untuk manfaat kematian/keilatan kekal.
  • Manfaat Elaun Harian Hospital
    Elaun harian akan dibayar bagi kes rawatan dengan tempoh kemasukan minimum selama enam (6) jam berturut-turut.180 hari per kes untuk kuota 365 hari sepanjang keahlian.(tidak termasuk kemasukan akibat rawatan penjagaan harian) bagi hospital yang mengenakan caj bilik dan penginapan harian.
Apa yang TIDAK dilindungi oleh Skim KRTB CARE PRIHATIN?

Manfaat tidak dapat dituntut / tidak dilindungi oleh skim jika kematian / keilatan kekal / (akibat semulajadi atau kemalangan) telah berlaku disebabkan oleh kejadian seperti berikut:

  1. Bunuh diri (suicide)
  2. Berkaitan dengan penyakit AIDS
  3. Berkaitan dengan penyakit seksual (HIV)
  4. Keadaan Sedia Wujud (Untuk manfaat kematian semulajadi : Tahun pertama sahaja)
  5. Mencederakan diri sendiri
  6. Perkhidmatan ketenteraan pada waktu perang
  7. Aktiviti tidak berjadual dengan pengangkutan udara
  8. Dibawah pengaruh alkohol dan dadah
  9. Penglibatan di dalam rusuhan
  10. Penglibatan di dalam aktiviti pengganas
  11. Ketidakpatuhan kepada undang-undang
  12. Kecederaan berkaitan dengan sebab-sebab nuklear/radioaktif
Adakah kematian disebabkan oleh penyakit sedia ada dilindungi?
Semua Kematian biasa akibat penyakit sedia ada adalah tidak dilindungi dalam tempoh tahun pertama (365 hari bermula dari tarikh mula perlindungan / keahlian).

Contoh Penyakit Sedia Ada : Sakit Jantung, Sakit Buah Pinggang , Diabetes (Kencing Manis) dan Semua Jenis Kanser.
Apakah 36 jenis penyakit kritikal yang dilindungi pakej ini?

Senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi adalah seperti berikut:

  1. Strok / Angin Ahmar
  2. Serangan Jantung – keterukan tertentu
  3. Kegagalan Buah Pinggang
  4. Kanser – keterukan tertentu
  5. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  6. Penyakit Arteri Koronari Serius
  7. Angioplasti
  8. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  9. Hepatitis
  10. Koma
  11. Tumor Otak – keterukan tertentu
  12. Kelumpuhan Anggota
  13. Buta – Kekal & Tidak Boleh Pulih
  14. Pekak – Kekal & Tidak Boleh Pulih
  15. Kelecuran Tahap Ketiga
  16. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  17. Penyakit Paru-paru Tahap Akhir
  18. Ensefalitis
  19. Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang
  20. Hilang Keupayaan Bertutur
  21. Pembedahan Otak
  22. Pembedahan Injap Jantung
  23. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri
  24. Meningitis Bakteria
  25. Trauma Kepala Major
  26. Anemia Aplastik Kronik
  27. Penyakit Neuron Motor
  28. Penyakit Parkinson
  29. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  30. Distrofi Otot
  31. Pembedahan Aorta
  32. Sklerosis Multipel
  33. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  34. Penyakit Sistik Medular
  35. Kardiomiopati – keterukan tertentu
  36. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
Apakah maksud Keilatan kekal dan menyeluruh (akibat semulajadi / kemalangan)?

Maksud Keilatan kekal dan menyeluruh adalah apabila individu mengalami 3 situasi berikut disebabkan oleh akibat semulajadi seperti penyakit atau akibat kemalangan :

A) Tidak berkeupayaan penuh atau lumpuh secara berkekalan, sehingga tidak mampu melakukan pekerjaan semasa mahupun pekerjaan lain yang bersesuaian dengan pengalaman, latihan, dan kemahiran yang ada, sekurang-kurangnya selama 6 bulan berturut-turut.

B) Kehilangan menyeluruh dan tiada harapan untuk sembuh bagi salah satu keadaan berikut:

  • Kedua-dua belah mata, atau
  • Dua anggota badan (tangan atau kaki), atau
  • Mata dan satu anggota badan (tangan atau kaki).

C) Tidak berkeupayaan melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian (ADL) di bawah selama 6 bulan:

  • Berpindah
  • Bergerak
  • Pengawalan perkumuhan
  • Berpakaian
  • Membersihkan diri
  • Makan
Apakah konsep syariah yang terlibat untuk pakej ini?

Dua (2) konsep syariah yang terlibat untuk pakej ini adalah :

TABARRU’ : Merujuk kepada sumbangan oleh peserta-peserta takaful ke dalam Dana Risiko yang bertujuan menyediakan manfaat kewangan bersama yang akan dibayar kepada peserta-peserta takaful atau kepada benefisiari mereka pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui secara bersama. Tabarru’ akan berkuat kuasa apabila anda mula menyumbang ke dalam Dana Risiko

WAKALAH : Merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak syarikat, kami dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan perniagaan takaful dan fi wakalah (ujrah) akan dibayar kepada pihak syarikat.

Apakah tempoh pembayaran caruman takaful bagi pakej ini?
Tempoh pembayaran caruman takaful adalah bersamaan dengan tempoh perlindungan untuk pakej ini.
Bagaimanakah saya boleh menyertai Skim KRTB CARE PRIHATIN?
Skim ini boleh disertai melalui proses pendaftaran yang mudah secara atas talian di pautan www.krtb.com.my > perkhidmatan > Insuran. Sila hubungi no 010 - 876 5005 atau pada talian 03 - 9089 9292 untuk bantuan dan pertanyaan. (waktu pejabat sahaja 9am - 5pm).
Siapa yang boleh saya hubungi untuk perkhidmatan Sijil Takaful dan pertanyaan selepas saya menyertai pakej ini?
Untuk sebarang bantuan dan pertanyaan, sila hubungi no 010 - 876 5005 atau pada talian 03 - 9089 9292 (waktu pejabat sahaja 9am - 5pm).


MUAT TURUN BROSUR